Mahukah Anda Belajar Cara Sebutan Dalam Memberi Arahan & Ucapan Yang Dapat Menaikkan Kredibiliti Anda?
Dalam kursus 2 jam ini, anda akan belajar bagaimana cara sebutan yang betul dalam memberi arahan dan ucapan yang dapat menaikkan kredibiliti dan reputasi anda sebagai pemimpin syarikat.
Isu Semasa Sebagai Pemimpin Yang Mempunyai Anak Buah:
Semestinya, sebagai seorang pemimpin, sudah biasa anda hadapi isu-isu berkenaan suara dan kualiti sebutan yang boleh menimbulkan kesan-kesan negatif pada kejayaan seseorang:
a. Banyak orang mempunyai suara yang bagus, tetapi sebutannya tidak cukup bagus, tidak bertenaga, tidak jelas, sehingga menyebabkan orang-orang yang mendengar dia bercakap tidak berminat hendak mendengar dia bercakap sampai habis.
b. Banyak orang yang bijak dan mempunyai kelulusan tinggi, tetapi audiens yang mendengar dia bercakap tidak yakin apakah dia betul-betul seorang yang pintar, bijak, dan mempunyai latar belakang ilmu dan kepakaran profesional yang tinggi.
c. Banyak orang yang sebenarnya mampu menjadi pemimpin yang baik, tetapi apabila dia bercakap suara dan sebutannya menyebabkan bakat kepimpinannya tidak terserlah, sehingga dia dipandang sebagai tidak mempunyai aura ketokohan.
Kursus Ini sesuai untuk:
Manfaat Selepas Anda Hadir Ke Kursus Ini:
Audiens yang mendengar berminat hendak mendengar dengan fokus pada biji butir percakapannya dari mula sampai dia habis bercakap.
Orang yang bercakap itu dipandang sebagai seorang yang mempunyai bakat dan ketokohan sebagai pemimpin.
Orang yang bercakap itu dipandang sebagai calon yang berkebolehan dan layak dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.
Orang yang mendengar lebih mudah terpengaruh pada kandungan percakapannya, dan lebih mudah bersetuju dengan pandangan, cadangan, dan idea yang diusulkan.
Apa Yang Anda Akan Belajar?
TOPIK 1
- Bunyi-bunyi letupan atau plosif yang mencipta impak dramatis.
Hal ini membuatkan orang berminat memandang pada wajah orang yang sedang bercakap
TOPIK 2
- Bunyi-bunyi geseran atau frikatif yang mencipta impak energetik.
Hal ini membuatkan audiens merasai bahawa orang yang bercakap itu seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang kuat.
TOPIK 3
- Bunyi-bunyi sengauan atau nasal, vokal, dan diftong yang mencipta impak kemerduan.
Hal ini membuatkan pendengar merasakan orang yang bercakap itu mempunyai suara yang lunak di telinga.
Kenali Certified Trainer Anda,
Puan Muna ‘Izzah
Beliau merupakan seorang:
Perunding Imej Profesional Bertauliah
Perunding Fonetiks Bertauliah
Perunding Etika dan Pengurusan Majlis
Dengan pengalaman selama 15 tahun melatih ramai usahawan, speaker, artis dan public figure dalam bidang pengucapan, beliau, memang layak untuk bantu anda.

Maklumat Kursus
Di bawah ini maklumat untuk tarikh, masa, lokasi & yuran.

Tarikh/Hari
23 Oktober (Sabtu)

Masa
10 Pagi - 12 Tengahari

Lokasi
Aplikasi Zoom Sahaja
Berapa Yuran Kursus Ini?
Harga asal adalah RM99.
Untuk 100 orang terawal, kami bagi harga pengenalan sebanyak…
Hanya RM39
TIADA SIARAN ULANGAN. Jika takut terlepas kelas. Sila beli pakej bersama rakaman. Tambah RM30. Total kena bayar RM69 sahaja.
Penting: Sekiranya sekarang anda ambil pakej kelas sahaja tanpa rakaman. Anda perlu bayar harga penuh untuk upgrade kepada rakaman.
Pilih Pakej Anda
Pakej Basic
RM39
Anda hanya boleh menonton sahaja. Tiada rakaman diberikan.
- Tontonan Melalui Zoom
- Tiada Rakaman
Pakej Lengkap
RM69
Paling berbaloi. Dapat rakaman. Jadi boleh tengok berulang kali.
- Tontonan Melalui Zoom
- Ada Rakaman
- Boleh Tengok Berulang Kali
- Belajar Sampai Faham
Isi Borang Di Bawah Untuk Pendaftaran:
